https://my21.awfatech.com/serias/content/news/newsf1_Root_1557885472.jpg

TIDAK BERAMAL DENGAN ILMU

IMAM ABDUL WAHAB AL-SYA’RANI BERKATA: DAKU MENDENGAR GURUKU SAYYIDI ALI AL-KHAWWAS R.’A BERKATA: \"HUKUM MENYAMPAIKAN ILMU KEPADA MANUSIA DAN KEPADA MEREKA YANG DIHARAP DAPAT MENGAMALKAN ILMU TERSEBUT ADALAH FARDU AIN WALAUPUN PENYAMPAI SENDIRI TIDAK MENGAMALKANNYA.\" IMAM ABDUL WAHAB AL-SYA’RANI MENAMBAH: SATU KETIKA DAKU MENDENGAR GURUKU SAYYIDI ALI AL-KHAWWAS R.’A BERKATA: “TIDAK TERDAPAT MANA-MANA ORANG BERILMU MELAINKAN DIA BERAMAL DENGAN ILMUNYA SELAMA MANA BERAKAL WALAUPUN DARIPADA SATU SUDUT IBADAT SAHAJA. INI KERANA JIKA DIA MELAKSANAKAN PERINTAH-PERINTAH SYARAK DAN MENJAUHI LARANGAN, NESCAYA DIA BERAMAL DENGAN ILMUNYA SECARA YAKIN JIKA ALLAH MENGURNIAKAN KEIKHLASAN KEPADANYA. SEKIRANYA DIA TIDAK BERAMAL SEPERTI YANG TELAH DINYATAKAN, LALU DIA MENYEDARI DENGAN ILMUNYA BAHAWA DIA MELANGGAR PERINTAH ALLAH LANTAS BERTAUBAT DAN MENYESAL, NESCAYA DIA TELAH BERAMAL DENGAN ILMUNYA JUGA. KERANA JIKA DIA TIDAK BERILMU NESCAYA DIA TIDAK AKAN MENYEDARI BAHAWA MENINGGALKAN BERAMAL DENGAN ILMU IALAH MAKSIAT. OLEH ITU, ILMU MEMBERI KEMANFAATAN DALAM SETIAP KEADAAN. SEMUA NAS YANG MENYATAKAN HUKUMAN YANG BERAT BAGI MEREKA YANG TIDAK MENGAMALKAN ILMU DISANDARKAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERTAUBAT.” KENYATAAN GURUKU INI AMAT BERMAKNA DAN BERNILAI.

KESIMPULANNYA, UNTUK SESEORANG DIHUKUMKAN BERAMAL DENGAN ILMUNYA, TIDAKLAH DISYARATKAN DIA MESTI TIDAK PERNAH MELAKUKAN MAKSIAT, SEBAGAIMANA PEMAHAMAN SEGELINTIR MANUSIA. TETAPI YANG DISYARATKAN IALAH TIDAK BERTERUSAN DALAM MAKSIAT ATAU TIDAK BERTERUSAN DALAM KEINGINAN MENERUSKAN MAKSIAT DAN SETERUSNYA.

OLEH ITU, PELAJAR AGAMA TIDAK SEPATUTNYA MENINGGALKAN SUNAT-SUNAT MUAKKAD DAN MENGGANTIKANNYA DENGAN SEMATA-MATA PENGAJIAN KECUALI JIKA PENGAJIAN ITU FARDU AIN DARI SEGI SYARAK DENGAN SYARAT IKHLAS. INI UNTUK MENGELAKKAN PELAJAR MENINGGALKAN SELURUH IBADAT SUNAT SEHINGGA SEOLAH-OLAH IBADAT INI TIDAK DISYARIATKAN KE ATASNYA LANGSUNG DAN DALAM MASA YANG SAMA DIA MENGHABISKAN MASANYA DENGAN KELALAIAN, BERSUKA RIA, MENGUMPAT, BATU API, HASAD, BANGGA DIRI, TAKABBUR DAN UJUB. TIDAK PERNAH PULA SEMASA MELAKUKAN KESALAHAN INI DIA BERKATA KEPADA DIRINYA: “PENGAJIAN LEBIH AFDAL DARIPADA SEMUA KELALAIAN INI”

OLEH ITU, JANGANLAH KAMU WAHAI PELAJAR AGAMA MENGELIRUKAN DIRI KAMU DAN BERKATA KEPADA MEREKA YANG MEMERINTAHKAN KAMU MENGAMALKAN IBADAT-IBADAT SUNAT: “WAKTU INI UNTUK PENGAJIAN LEBIH AFDAL” SEKALIPUN KAMU MENYEDARI YANG KAMU TIDAK IKHLAS SEPENUHNYA DALAM PENGAJIAN. UNGKAPAN SEBEGINI KADANG KALA MENJADI HUJJAH UNTUK KURANG MENGAMBIL BERAT DALAM IBADAT.

RENUNGLAH WAHAI PELAJAR AGAMA TATKALA KAMU MENINGGALKAN IBADAT-IBADAT SUNAT DAN FADILAT-FADILAT YANG LAIN DAN MEMENUHKAN MASA DENGAN BERDEBAT DAN MENINGGALKAN WIRID-WIRID, KAMU AKAN MENDAPATI RASA TIDAK TENTERAM DI DALAM HATI DAN TIADA SEORANG PUN YANG AKAN BERSANGKA BAIK TERHADAP KAMU, BAHKAN TIADA SEORANG PUN YANG MEMOHON DOA DARIPADA KAMU. BERBEZA DENGAN PELAJAR-PELAJAR AGAMA YANG MEMBANYAKKAN IBADAT SUNAT DAN ZIKIR, DIA AKAN MENDAPATI MANUSIA BERSANGKA BAIK TERHADAPNYA DAN MEMOHON DOA DARIPADANYA. SESUNGGUHNYA NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA: “KAMU SEMUA IALAH SAKSI-SAKSI ALLAH DI MUKA BUMI, SESIAPA YANG KAMU PUJI DENGAN KEBAIKAN NESCAYA BAIKLAH DIA DAN SIAPA YANG KAMU CELA NESCAYA JAHATLAH DIA.”

DAKU MENDENGAR SYEIKH ISLAM ZAKARIA AL-ANSARI BERKATA: “SEKIRANYA ORANG BERILMU MENINGGALKAN IBADAT SUNAT, WIRID-WIRID DAN ADAB-ADAB ORANG YANG DEKAT DENGAN ALLAH, NESCAYA DIA SEOLAH-OLAH ROTI KERING YANG TIDAK BERZAT”.

LAGI
https://my21.awfatech.com/serias/content/news/newsf1_Root_1557885208.JPG

MEMAHAMI KEISTIMEWAAN AL-QURAN

ALLAH TELAH MEMULIAKAN KITA KAUM MUSLIMIN DENGAN MENURUNKAN SEBAIK-BAIK KITAB IAITU AL-QURAN SEPERTIMANA ALLAH MEMULIAKAN KITA DENGAN MENGUTUSKAN SEBAIK-BAIK RASUL. KAUM MUSLIMIN ADALAH SATU-SATUNYA UMAT YANG MEMPUNYAI PERUTUSAN DARI LANGIT YANG TERPELIHARA DARIPADA PENYELEWANGAN DAN KEBATILAN. PERKARA INI DISEBABKAN KERANA ALLAH SENDIRI YANG MEMELIHARANYA. FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : “SESUNGGUHNYA KAMI YANG MENURUNKAN AL-QURAN DAN SESUNGGUHNYA KAMI YANG MEMELIHARANYA.” (AL-HAJR, AYAT 9)

AL-QURAN ADALAH CAHAYA YANG MENERANGI HATI-HATI MANUSIA KE ARAH JALAN KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN. ANTARA CIRI-CIRI DAN KEISTIMEWAAN AL-QURAN ADALAH PERTAMA, IA MERUPAKAN KITAB ILAHI IAITU DATANGNYA DARI ALLAH YANG TIDAK ADA KERAGUAN PADANYA. ALLAH MENURUNKAN AL-QURAN MELALUI MALAIKAT JIBRAIL. FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : “ SUATU KITAB YANG AYAT-AYATNYA DISUSUN DENGAN RAPI SERTA DIJELASKAN SECARA TEPERINCI YANG DITURUNKAN DI SISI ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA LAGI MAHA MENGETAHUI.” (HUD, AYAT 1)

KEDUA IALAH AL-QURAN MERUPAKAN KITAB YANG TERPELIHARA SEPERTIMANA JAMINAN YANG TELAH DIBERIKAN OLEH ALLAH UNTUK MEMELIHARANYA. OLEH DEMIKIAN, KITA DAPATI BEGITU RAMAI ORANG YANG MENGHAFAL AL-QURAN DENGAN BAIK SEJAK KANAK-KANAK LAGI DAN ALLAH MEMUDAHKAN MEREKA UNTUK MENGINGATINYA. PEMELIHARAAN TERSEBUT JUGA DIDAPATI DENGAN PENULISAN AL-QURAN YANG RAPI OLEH PARA SAHABAT SELEPAS AYAT-AYAT TERSEBUT DITURUNKAN DAN DIBUKUKAN PADA ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN.

KETIGA,AL-QURAN MERUPAKAN KITAB MUKJIZAT YANG TERBESAR DIKURNIAKAN KEPADA NABI MUHAMMAD YANG MENCABAR KEKUATAN DAN PEMIKIRAN MANUSIA. MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MENANDINGI AL-QURAN SAMA ADA DARI SEGI BAHASA, MAKNA DAN CERITA-CERITA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA. FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : “ DAN JIKA KAMU TETAP RAGU-RAGU TENTANG APA YANG KAMI WAHYUKAN KEPADA HAMBA KAMI (MUHAMMAD), MAKA DATANGLAH SATU SURAH SEPERTINYA DAN AJAKLAH PENOLONG-PENOLONG KAMU SELAIN ALLAH JIKA KAMU BENAR-BENAR ORANG YANG BENAR.” (AL-BAQARAH, AYAT 23-24)

KEEMPAT, AL-QURAN MERUPAKAN KITAB YANG MUDAH DIFAHAMI DAN JELAS MAKSUDNYA. IA BUKAN KITAB FALSAFAH YANG MENGANDUNGI TEORI-TEORI YANG MEMENINGKAN. AHLI FALSAFAH MENYEBUTKAN BAHAWA FALSAFAH ITU APABILA DITERANGKAN DAN TIDAK DIFAHAMI ITULAH DINAMAKAN FALSAFAH. AL-QURAN DITURUNKAN KEPADA MANUSIA UNTUK DIFAHAMI DAN SASARAN ADALAH UNTUK MANUSIA SEJAGAT. FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : “ DAN SESUNGGUHNYA KAMI MEMPERMUDAHKAN AL-QURAN ITU UNTUK DIINGATI, MAKA ADAKAH ADA ORANG MAHU MENGAMBIL PENGAJARAN.” (AL-QAMAR, AYAT 17)

KELIMA, AL-QURAN MERUPAKAN KITAB AGAMA SECARA KESELURUHANNYA YANG MENGANDUNG ASPEK AKIDAH, IBADAH, AKHLAK DAN PERUNDANGAN. SESIAPA YANG INGIN MEMAHAMI AKIDAH YANG BETUL DAN SUCI, MAKA HENDAKLAH IA MENGGALI DARI AL-QURAN. AL-QURAN MEMBERI DALIL-DALIL YANG JELAS TENTANG KEESAAN ALLAH. FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : “ SEKIRANYA ADA DI LANGIT DAN DI BUMI TUHAN-TUHAN SELAIN ALLAH, TENTULAH KEDUA-DUANYA TELAH ROSAK BINASA. MAKA MAHA SUCI ALLAH YANG MEMPUNYAI ARASH DARIPADA APA YANG MEREKA SIFATKAN.” ( AL-ANBIYA’, AYAT 22) BEGITU JUGA AL-QURAN MENGANDUNGI SYARIAT DAN PERATURAN UNTUK KEHIDUPAN MANUSIA. SYARIAT INI MELIPUTI ASPEK INDIVIDU, KELUARGA, MASYARAKAT, EKONOMI, POLITIK DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA. DI SAMPING ITU, AL-QURAN MENEGASKAN PEMBINAAN AKHLAK MELALUI PENGHAYATAN SIFAT SABAR, GIGIH BERUSAHA, TEKUN, BERTAWAKKAL DAN REDA DENGAN KETENTUAN ILAHI.

KEENAM, AL-QURAN MERUPAKAN KITAB SEPANJANG ZAMAN, BUKAN KITAB UNTUK ZAMAN TERTENTU ATAU UNTUK GENERASI TERTENTU. INI BERMAKNA BAHAWA AL-QURAN MERUPAKAN KITAB YANG KEKAL ABADI HINGGA HARI QIAMAT. OLEH ITU, TIDAK HARUS KAUM MUSLIMIN MENGATAKAN BAHAWA AL-QURAN ITU SESUAI UNTUK ZAMAN NABI SAHAJA ATAU ZAMAN PARA SAHABAT DAN TIDAK SESUAI LAGI PADA ZAMAN MODEN INI.

KETUJUH, AL-QURAN MERUPAKAN KITAB KEMANUSIAAN DAN KEHIDUPAN. OLEH SEBAB ITU, ALLAH MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI KITAB PETUNJUK KEPADA MANUSIA DAN ALAM. FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : “ PADA BULAN RAMADHAN, BULAN YANG DI DALAMNYA DITURUNKAN AL-QURAN SEBAGAI PETUNJUK KEPADA MANUSIA DAN PENJELASAN-PENJELASAN MENGENAI PETUNJUK ITU DAN PEMBEDA (ANTARA HAK DAN BATIL).” (AL-BAQARAH, AYAT 185)

INILAH TUJUH PERKARA CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN AL-QURAN YANG MEMBEZAKAN KITAB-KITAB YANG LAIN. AL-QURAN DITURUNKAN UNTUK UMAT ISLAM MENGIMANI DENGAN PENUH KEYAKINAN AKAN KEBENARANNYA. ALLAH MENYEBUTKAN BAHAWA SIFAT MUKMIN SEJATI ADALAH MEREKA YANG TIDAK SAMA SEKALI RAGU TENTANG KANDUNGAN AL-QURAN. NABI MUHAMMAD APABILA TIBA BULAN RAMADHAN BAGINDA AKAN BERTADARUS BERSAMA JIBRAIL DAN RUMAH YANG SENTIASA DITERANGI DENGAN BACAAN AL-QURAN AKAN DILIMPAHI RAHMAT DAN BERKAT. PENURUNAN AL-QURAN MERUPAKAN NIKMAT YANG TERBESAR DIKURNIAKAN ALLAH KEPADA UMAT ISLAM. OLEH ITU, KITA HARUS BERSYUKUR DENGAN MEMBUKTIKANNYA MELALUI TAAT SEGALA PERINTAH AL-QURAN DAN MENGAMALKAN AJARAN-AJARAN YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA DAN MENJADIKAN KITA SEBAGAI AHLI AL-QURAN., BUKAN SAHAJA DALAM BULAN RAMADHAN TETAPI JUGA DALAM BULAN-BULAN YANG LAIN.

MEMAHAMI TUJUAN-TUJUAN AL-QURAN

AL-QURAN IALAH KALAM ALLAH YANG BERMUKJIZAT YANG DITURUNKAN KEPADA NABI S.A.W. YANG DITULIS DI DALAM MUSHAF YANG DIPINDAH DENGAN TAWATUR DAN MENJADI IBADAT MEMBACANYA.
PENURUNAN AL-QURAN MENGANDUNGI TUJUAN-TUJUAN (MAQASID AL-QURAN) YANG TERTENTU.

PERTAMA, TUJUAN AL-QURAN IALAH MEMBETULKAN AKIDAH, MENSABITKAN KETUHANAN ALLAH YANG MAHA ESA, TUGAS NABI-NABI DAN PENYATAAN KEWUJUDAN HARI AKHIRAT. AL-QURAN MENGAMBARKAN BAHAWA SYIRIK MERUPAKAN SATU PERBUATAN DOSA YANG BESAR DAN TIDAK DIAMPUNI OLEH ALLAH. KESEMUA PARA NABI MENYERU MANUSIA KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA. FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : “ DAN SESUNGUHNYA KAMI TELAH MENGUTUS RASUL PADA SETIAP UMAT YANG MENYERU ; “SEMBAHLAH ALLAH SAJA DAN MENJAUHI THAGHUT ITU.” (AL-NAHL, AYAT 36) DI SAMPING ITU, AL-QURAN MENJELASKAN KEPERLUAN MANUSIA KEPADA NABI-NABI DAN RISALAHNYA, MENERANGKAN TUGAS PARA NABI DAN MENOLAK DAKWAAN DAN TANGGAPAN YANG SALAH MENGENAI NABI. AL-QURAN JUGA MENJELASKAN KEWUJUDAN HARI AKHIRAT ITU BENAR DAN PASTI SETIAP MANUSIA AKAN MENGHADAPINYA.

KEDUA, TUJUAN AL-QURAN IALAH PENGISYTIHARAN TERHADAP KEMULIAAN MANUSIA DAN HAK-HAKNYA. AL-QURAN MENEGASKAN BAHAWA MANUSIA ADALAH MAKHLUK YANG MULIA YANG DIJADIKAN OLEH ALLAH DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN. OLEH SEBAB ITU, AL-QURAN MELARANG SEBAHAGIAN GOLONGAN PELAMPAU YANG MENGHARAMKAN PERKARA-PERKARA BAIK DAN PERHIASAN SEPERTI YANG DIUNGKAPKAN OLEH ALLAH DALAM SURAH AL-ARAAF, AYAT 32. AL-QURAN JUGA MEMPERAKUI HAK-HAK ASASI MANUSIA SEPERTI KEBEBASAN BERSUARA, BERFIKIR, BERIKTIKAD, TEMPAT TINGGAL DAN MENCARI REZIKI.

KETIGA, TUJUAN AL-QURAN IALAH MEMBERITAHU BAHAWA MANUSIA DICIPTAKAN ADALAH UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH. ALLAH YANG MENCIPTAKAN MANUSIA, MEMBERI REZIKI, MENGURNIAKAN PELBAGAI NIKMAT YANG TIDAK DAPAT DIHITUNG. OLEH ITU, MENJADI HAK ALLAH UNTUK MANUSIA BERSYUKUR DAN BERTAKWA KEPADANYA. ORANG YANG BERTAKWA AKAN MENDAPAT KEBERKATAN, REZIKI YANG MURAH, TERPELIHARA DARI GANGGUAN MUSUH, SENTIASA MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH DAN BERJAYA DARI AZAB AKHIRAT.

KEEMPAT, TUJUAN AL-QURAN ADALAH UNTUK MENYUCIKAN JIWA MANUSIA (TAZKIYYAH AL-NAFS). AL-QURAN SENTIASA MENYERU MANUSIA SUPAYA MEMBERSIHKAN JIWANYA DENGAN MELAKUKAN KEBAIKAN. BERUNTUNGLAH ORANG YANG DAPAT MEMIMPIN JIWANYA KE ARAH KEREDHAAN ALLAH. SECARA FITRAHNYA, JIWA BOLEH TERJERUMUS KE LEMBAH KEHINAAN APABILA IA TIDAK DIDIDIK DAN JIWA BOLEH MENCAPAI TAHAP TERMULIA APABILA IA DIBERSIHKAN. FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : “ DAN JIWA SERTA PENYEMPURNAAN CIPTAANYA, MAKA ALLAH MENGILHAMKAN KEPADA JIWA ITU JALAN KEFASIKAN DAN KETAKWAANNYA. SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLAH ORANG YANG MENSUCIKAN JIWA ITU DAN SESUNGGUHNYA RUGILAH ORANG YANG MENGOTORINYA.” (AL-SYAMS, AYAT 7-10)

KELIMA, TUJUAN AL-QURAN IALAH MEMBINA KELUARGA YANG SOLEH YANG MENJADI TERAS KEPADA KEKUATAN UMAT. AL-QURAN MENGGALAKKAN UMATNYA SUPAYA BERKAHWIN KERANA PERKAHWINAN ITU DAPAT MELAHIRKAN KETENANGAN, KEBAHAGIAAN DAN RAHMAT. AL-QURAN MEMERANGI GOLONGAN YANG MENGHALALKAN HOMOSEKSUAL DAN LESBIAN KERANA IA MELANGGARI FITRAH MANUSIA. DI SAMPING ITU, ISLAM JUGA MEMERANGI GOLONGAN YANG MENGHARAMKAN PERKAHWINAN ATAS ALASAN BAHAWA PERKAHWINAN ADALAH PERBUATAN KEJI DARIPADA AMALAN SYAITAN. AL-QURAN JUGA MEMBERI KEDUDUKAN YANG MULIA KEPADA WANITA DENGAN MENGANGKAT MARTABAT MEREKA MENYAMAI KAUM LELAKI DARI SEGI AMALAN DAN GANJARAN PAHALA.

KEENAM, TUJUAN AL-QURAN ADALAH UNTUK MEMBINA UMAT YANG MEMPUNYAI KEMULIAAN DAN MENJADI SAKSI ATAS UMAT YANG LAIN. UMAT YANG MENGASASKAN KEHIDUPANNYA BERTERASKAN KEPADA AKIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK ISLAM SEKALIGUS MEMBAWA RAHMAT KEPADA MANUSIA SEJAGAT. FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : “DAN TIDAK KAMI UTUSKAN KAMU (MUHAMMAD) KECUALI UNTUK MEMBAWA RAHMAT BAGI SELURUH ALAM.” (AL-ANBIYA’, AYAT 107)

ANTARA KEISTIMEWAAN UMAT ISLAM IALAH IA ADALAH UMAT RABBANI IAITU UMAT YANG HIDUP KERANA MENCARI KEREDHAAN ALLAH, BERIBADAT KERANA ALLAH DAN MENJALANKAN MANHAJ ALLAH DI ATAS MUKA BUMI INI. DI SAMPING ITU, IA JUGA ADALAH UMAT SEDERHANA DAN SEIMBANG, UMAT YANG SENTIASA BERDAKWAH KE ARAH KEBAIKAN DAN UMAT YANG SUKAKAN KESATUAN DAN BERSATU PADU. INILAH EMPAT CIRI UMAT ISLAM BERBANDING DENGAN UMAT YANG LAIN. KETUJUH, AL-QURAN MENYERU KEPADA ASPEK KEINSANAN YANG TOLONG MENOLONG ANTARA SESAMA MANUSIA. UMAT ISLAM BUKAN UMAT YANG MENYENDIRI TANPA MENGHIRAUKAN BANGSA-BANGSA YANG LAIN. OLEH ITU, ISLAM MENGHORMATI KEBEBASAN BERAGAMA DAN PERBEZAAN PENDAPAT.UMAT ISLAM BERPERANAN UNTUK MENYERU MANUSIA KE ARAH HIDAYAH ALLAH, KEIMANAN, KEMAKMURAN DAN KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI. DENGAN SEBAB DEMIKIAN, ALLAH MEMUJI UMAT INI KERANA MEREKA MENJALANKAN AMAR MAKRUF WAN NAHI ANNIL MUNGKAR. INILAH TUJUH PERKARA ANTARA YANG DIGARISKAN OLEH PARA ULAMAK SEBAGAI TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN KEPADA MANUSIA.
GMENTS OUT OF THE CONVERSATION .... \"

LAGI
https://my21.awfatech.com/serias/content/news/newsf1_Root_1557885121.jpg

JANGAN PERSIAKAN MASA TERLUANG

“DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MELAKUKAN AMAL SALIH DAN MEREKA PULA DALAM SALING MEMBERIKAN PENGAJARAN TENTANG KEBENARAN DAN KESABARAN SERTA KETEKUNAN.” FIRMAN ALLAH SWT JELAS MEMBERI AMARAN, SIA-SIA HIDUP SESIAPA YANG TIDAK PERNAH MEMANFAATKAN MASA YANG TERLUANG TANPA MENGERJAKAN SESUATU PERKARA YANG BERFAEDAH. KITA SEBAGAI MANUSIA PERLU SENTIASA BERINGAT, HIDUP INI ADALAH SATU PERJALANAN DENGAN SETIAP YANG ADA TIDAK PERNAH KEKAL DAN APA YANG MENDATANG AKAN PERGI JUGA AKHIRNYA. ITULAH YANG DINAMAKAN KEHIDUPAN.

SEMAKIN HARI, USIA KITA SEMAKIN MENINGKAT DAN DARIPADA SEBESAR TAPAK TANGAN, KINI MAMPU MENGENAL DUNIA.DARIPADA MEMBISU DARIPADA BERKATA-KATA, KINI PETAH SERIBU BAHASA, TETAPI PERSOALANNYA, ADAKAH ITU MENCUKUPI?

SEBENARNYA, BANYAK LAGI PERKARA HARUS KITA LAKUKAN. MASIH BANYAK KEKOSONGAN DI DADA YANG HARUS KITA ISI, JUSTERU SENTIASALAH MENCARI PELUANG DALAM MEMANTAPKAN LAGI PERJALANAN HIDUP YANG MASIH JAUH DAN TAK PASTI BILAKAH PENAMATNYA.

MEMANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH S.W.T, SETIAP USAHA PASTI MENDAPAT GANJARAN.LEBIH GIGIH KITA BERUSAHA, LAGI BESARLAH GANJARAN YANG BAKAL KITA TERIMA.YANG PENTING IALAH TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA. GUNAKAN KESEMPATAN PADA USIA MUDA UNTUK MENGEJAR KEJAYAAN YANG DIIMPIKAN. JADIKANLAH SETIAP KEGAGALAN SEBAGAI PENGAJARAN.

PERLU DIINGATKAN, JANGAN DIPERSIAKAN PELUANG YANG ADA.JADILAH MANUSIA YANG BIJAK DALAM MENGURUSKAN MASA DAN SENTIASA MENCARI PELUANG MENAMBAH ILMU KERANA DENGAN ILMU, SESEORANG AKAN DAPAT MENEMUI KEJAYAAN.

PANDANGLAH UNTUK JANGKA MASA PANJANG. FIKIRKAN KE MANA TUJUAN KITA SELEPAS INI. SEPERTI SERANGKAP KATA-KATA YANG BERBUNYI: “KEJAYAAN ITU BUKAN DESTINASI, IA ADALAH SATU PERJALANAN. ANDA PERLU GAMBARKAN ARAH KE MANA TUJUAN PERJALANAN ITU.”

LAGI
https://my21.awfatech.com/serias/content/news/newsf1_Root_1557885029.jpg

UPSR-PMR: TERAPKAN PENDIDIKAN HOLISTIK

TERLEPAS DARI SOAL SETUJU ATAU TIDAK, CETUSAN IDEA PEMANSUHAN UPSR-PMR KAMI TANGGAPI SEBAGAI ISYARAT POSITIF BAHAWA PADA TAHAP PEMBUAT DASAR TELAH ADA KESEDIAAN UNTUK MELAKUKAN RETHINKING, MENILAI DAN MEMIKIRKAN SEMULA KERELEVANAN SISTEM PELAJARAN KITA SECARA MENYELURUH DAN MENDASAR. CADANGAN PEMANSUHAN PEPERIKSAAN (UPSR-PMR) TENTUNYA TIDAK HANYA SEKADAR MEMANSUH SEMATA-MATA UNTUK MEMANSUH, TETAPI DILATARI KESEDARAN TENTANG WUJUDNYA MASALAH,

BUKAN HANYA MASALAH-MASALAH YANG BERBANGKIT DARI PEPERIKSAAN DAN ISU-ISU YANG TERKAIT DENGANNYA, TETAPI MASALAH YANG LEBIH FUNDAMENTAL DAN MENDASAR.

MEMANG SISTEM PENDIDIKAN KITA TERKESAN AMAT BERORIENTASI PEPERIKSAAN, DAN SETERUSNYA (HAMPIR) MEMUTLAKKAN PRESTASI DALAM PEPERIKSAAN SEBAGAI SATU-SATUNYA UKURAN KUALITI DAN PENENTU MASA DEPAN SESEORANG PELAJAR. ORIENTASI DAN PERSEPSI SEDEMIKIAN JELAS MEMBAWA PELBAGAI IMPLIKASI NEGATIF TERHADAP MISI DAN ESENSI PENDIDIKAN SEBAGAI PROSES PEMBINAAN INSAN SECARA UTUH, BERSEPADU DAN SEIMBANG. JUSTERU, ANTARA IMPLIKASI YANG SANGAT MEMPRIHATINKAN TERMASUKLAH:

 

  • MISI BESAR PENDIDIKAN TELAH DIREDUKSI MENJADI SEKADAR SUATU SIRI PEPERIKSAAN YANG MENDERA DAN MENEGANGKAN. DI SITULAH TERCURAH DAN TERPERAHNYA SELURUH KEKUATAN PENDIDIKAN SEHINGGA MENGABAIKAN DIMENSI-DIMENSI PENTING KEPENDIDIKAN LAINNYA. DALAM KONTEKS REALITI SEPERTI ITU MEMANG ADA KEBENARANNYA APABILA DIKATAKAN BAHAWA SISTEM KITA LEBIH BANYAK MENGUJI DARIPADA MENDIDIK (MORE TESTING THAN EDUCATING).
  • AKIBAT TUMPUAN SEMATA-MATA PADA PENCAPAIAN PRESTASI DALAM PEPERIKSAAN, MAKA LAHIRLAH GENERASI YANG BERPRESTASI (AKADEMIK) CEMERLANG, TETAPI GAGAL MENJADI MANUSIA BERAKHLAK DAN BERWATAK MULIA.
  • DEMIKIAN JADINYA KEPADA MEREKA YANG DIANGGAP \"BERJAYA\", BETAPA PULA NASIB MEREKA YANG MENJADI \"KORBAN\" PEPERIKSAAN? TIDAK SEDIKIT JUMLAH ANAK BANGSA YANG DIHUKUM SABAGAI \"GAGAL\" DALAM USIA YANG SEDEMIKIAN MUDA. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DIANGGAP KEPUTUSAN NASIB HIDUP MEREKA. DEMIKIANLAH, PERSEKOLAHAN KITA TELAH MELAHIRKAN GENERASI YANG MENGALAMI KEKOSONGAN ERTI HIDUP, PESIMIS DAN TIDAK PERCAYA DIRI. KELELUASAAN GEJALA PENYAKIT SOSIAL KETIKA INI MUNGKIN SALAH SATU JELMAANNYA.
  • DALAM ORIENTASI YANG TERLALU MENUMPU DAN MEMENTINGKAN PRESTASI DALAM PEPERIKSAAN ANAK DIDIK DIBEBANI HARAPAN YANG SERINGKALI TIDAK TERTANGGUNG, DAN DIPAKSA BERSAING MESKIPUN TIDAK MAMPU. AKIBATNYA PERSEKOLAHAN KITA TELAH MENCIPTA GENERASI YANG MENGALAMI KETEGANGAN (STRESS) DAN SENTIASA BERASA TERANCAM (RASA TIDAK SELAMAT KERANA SENTIASA DISAINGI).
  • SISTEM YANG MENJADIKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEBAGAI UKURAN MUTLAK, SESUNGGUHNYA HANYA MENGHARGAI HASIL TERAKHIR SUATU PROSES PENDIDIKAN YANG PANJANG. YANG BERHARGA HANYA JUMLAH A YANG TERKUMPUL PADA PEPERIKSAAN AKHIR, SEDANG SUSAH PAYAH GURU MENGASUH DAN MENGASAH DARI HARI KE HARI SEOLAH-OLAH TIDAK ADA HARGANYA.
  • MENJADIKAN PRESTASI DALAM PEPERIKSAAN SEBAGAI PENENTU PERSAINGAN MEREBUT PELUANG PEKERJAAN, SELALU MEMACU PERSAINGAN MENCAPAI PRESTASI TANPA MEMPERHITUNGKAN CARA, ETIKA DAN ATURANNYA. AKIBATNYA PEPERIKSAAN, DI MANA-MANA, SELALU DIWARNAI PENIPUAN, MANIPULASI DAN PELBAGAI KECURANGAN LAINNYA.
  • MEREKA YANG KALAH DALAM PERSAINGAN, ATAU YANG TIDAK MAMPU BERSAING, TETAPI TERUS-MENERUS DIPAKSA BERSAING RATA-RATA MERASAKAN PERSEKOLAHAN SUATU PENDERAAN. MEREKA SELALU MERASA DIDISKRIMINASIKAN DAN TIDAK DIHARGAI. MEREKA TIDAK SENANG KE SEKOLAH, KERANA SEKOLAH MEMANG TIDAK MENYENANGKAN.


HAKIKAT TERSEBUT TIDAK MENAFIKAN PERLUNYA PEPERIKSAAN PADA TAHAP-TAHAP TERTENTU SEBAGAI SALAH SATU CARA PENILAIAN DALAM PROSES PENDIDIKAN. YANG DIPERMASALAHKAN ADALAH KADAR PEMBERATANNYA SEHINGGA MENJADI TERLALU BERORIENTASI PEPERIKSAAN, DAN TERLALU DIMUTLAKKAN SEBAGAI UKURAN KEMAMPUAN, WALHAL PEPERIKSAAN MEMPUNYAI PELBAGAI KETERBATASAN DI SAMPING SELALU MENGANDUNGI UNSUR KEMUJURAN.

KERANA ITU KERTAS INI TIDAK BERMAKSUD MENOLAK PEPERIKSAAN, TETAPI MENYARANKAN PENINJAUAN SEMULA DAN MENGEMUKAKAN MODIFIKASI-MODIFIKASI SEPERLUNYA DENGAN SEMANGAT KOREKTIF-REFORMATIF PEMBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN SECARA MENYELURUH, SESUAI DENGAN KEPERLUAN KITA SEBAGAI INSAN, UMAT DAN BANGSA.

TANPA RAGU, KAMI MENYIMPULKAN BAHAWA SISTEM PENDIDIKAN KITA HARUS DIBEBASKAN DARI DOMINASI ORIENTASI PEPERIKSAAN YANG KETERLALUAN. UNTUK ITU KEKERAPANNYA HARUS DIKURANGI, DI SAMPING PERANANNYA SEBAGAI UKURAN KEJAYAAN PROSES PENDIDIKAN HARUS DIIMBANGI DENGAN PENILAIAN DIMENSI-DIMENSI KEPENDIDIKAN LAINNYA ROHANI, JASMANI, INTELEK DAN EMOSI. PERLU DICATAT BAHAWA PEPERIKSAAN TIDAK DAPAT MENGUKUR SELURUH ASPEK YANG TERLIPUT DALAM PROSES PENDIDIKAN. SECARA PEDAGOGIS, PEPERIKSAAN MEMPUNYAI KETERBATASAAN YANG SANGAT JELAS. IA HANYA MENCAKUP ASPEK KOGNITIF, TIDAK MENCAKUP ASPEK PSIKOMOTORIK, DAN TIDAK JUGA ASPEK AFEKTIF.

SELAIN ITU PEPERIKSAAN JUGA HANYA DAPAT MENGUKUR KOMPETENSI PELAJAR DALAM SUBJEK-SUBJEK TERTENTU YANG DIAMBIL, DAN INI JELAS MEREDUKSI KOMPETENSI PELAJAR , MENGABAIKAN KOMPENTENSINYA DALAM BIDANG-BIDANG LAIN YANG TIDAK TERMASUK DALAM SUBJEK-SUBJEK PEPERIKSAAN.

UNTUK MENJADIKAN PEPERIKSAAN SEBAGAI KAYU UKUR YANG DAPAT DIPERCAYA, IA TIDAK HARUS BERSIFAT SEKADAR BUBBLE TEST YANG DANGKAL DAN TIDAK SUBSTANTIF. BENTUK DAN POLA SOALAN PEPERIKSAAN HARUS DIANJAK KE ARAH SOALAN YANG BERSIFAT HIGH ORDER THINKING QUESTIONS, SOALAN YANG MENCABAR PEMIKIRAN, MENGUJI KEMAMPUAN BERFIKIR, DAN MERANGSANG PEMIKIRAN ANALITIKAL, KREATIF DAN KRITIS. ANJAKAN INI BERERTI BAHAWA SOALAN PEPERIKSAAN TIDAK LAGI BERSIFAT MENGUJI HAFALAN DAN INGATAN SEMATA-MATA, DI SAMPING IA JUGA TIDAK DAPAT DITEKA-TEKA ATAU DIRAMAL-RAMAL BERDASARKAN SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN YANG LALU. UNTUK MELAKUKAN ANJAKAN INI, CORAK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERLU DIORIENTASIKAN SEMULA SESUAI DENGAN POLA DAN FORMAT SOALAN YANG SEDEMIKIAN.

ORIENTASI PEPERIKSAAN MEMANG MEMERLUKAN MODIFIKASI UNTUK MENJADIKANNYA LEBIH BERERTI, TETAPI IA TETAP TIDAK BOLEH DIMUTLAKKAN SEBAGAI SATU-SATUNYA UKURAN YANG SAH DAN MUKTAMAD. KERANA ITU MODIFIKASI PEPERIKSAAN HARUS BERIRINGAN DENGAN SEJUMLAH MODIFIKASI LAIN YANG MELIBATKAN KANDUNGAN DAN ORIENTASI KURIKULUM KESELURUHANNYA. DALAM KAITAN INI PENCAPAIAN MATLAMAT PENDIDIKAN SEBAGAI HUMANIZING PROCESS HARUS DINILAI SEMULA. UNTUK MEMPASTIKAN TERCAPAINYA OBJEKTIF PENGUTUHAN MANUSIA, SUBJEK-SUBJEK YANG DAPAT MEMANUSIAKAN MANUSIA HARUS DIBERIKAN PENEKANAN SEMULA. TANPA MENAFIKAN KEPENTINGAN SAINS DAN MATEMATIK, OBSESI YANG BERLEBIHAN TERHADAP SUBJEK-SUBJEK TERSEBUT TERNYATA TELAH MENGAKIBATKAN PEMINGGIRAN DAN PEREMEHAN TERHADAP BIDANG-BIDANG LAIN YANG SARAT DAN PADAT DENGAN NILAI-NILAI MURNI KEMANUSIAAN SEPERTI PENDIDIKAN ISLAM, SEJARAH DAN KESUSASTERAAN. PENYELESAIAN KEPADA PERSOALAN INI BUKAN DENGAN MENGUNGGULKAN YANG SATU DAN MEMPERLEKEH YANG LAIN, TETAPI DENGAN PENDEKATAN INTEGRATIF PENYEPADUAN DISIPLIN-DISIPLIN TERSEBUT DAN PERAPATAN JURANG ANTARA SAINS DENGAN DISIPLIN-DISIPLIN YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI SUBJEK-SUBJEK ARTS ITU.

SESUAI DENGAN TUNTUTAN ZAMAN KINI SEBAGAI ZAMAN KREASI DAN INOVASI, SISTEM PENDIDIKAN KITA (TERMASUK ORIENTASI PEPERIKSAANNYA) HARUS MEMBERIKAN PENEKANAN PADA USAHA PENGEMBANGAN DAYA KREATIF-INOVATIF ANAK DIDIK. TANPA MENAFIKAN BIDANG SAINS JUGA DAPAT MERANGSANG DAYA KREATIF, TETAPI DASAR MEREMEHKAN BIDANG ILMU KEMANUSIAAN YANG SANGAT KAYA DENGAN UNSUR KREATIVITI ADALAH SUATU KESILAPAN FATAL. DALAM KAITAN INI PERLU DICATAT BAHAWA KREATIVITI ADALAH FAKTOR PENTING DAYA MAJU BANGSA, KHUSUSNYA DALAM BIDANG EKONOMI. KERANA ITU NEGARA-NEGARA MAJU UMUMNYA SANGAT PRIHATIN TERHADAP GEJALA KEMOROSOTAN DAYA KREATIVITI ANAK BANGSA. DAN APABILA GEJALA INI TIMBUL, YANG PERTAMA DILIHAT ADALAH SISTEM PERSEKOLAHANNYA. APAKAH SEKOLAH MAMPU MENJADI LAHAN YANG SUBUR BAGI KEGIATAN-KEGIATAN KREATIF-INOVATIF?

DI SAMPING BANYAK MENCIPTA KEJAYAAN DI PELBAGAI BIDANG, HARUS PULA DIAKUI BAHAWA SISTEM PERSEKOLAHAN KITA DARI SATU SISI DAPAT DINILAI KURANG BERHASIL MEMBINA GENERASI YANG KUAT DAN BERDIKARI. YANG TERHASIL RATA-RATA ADALAH GENERASI YANG LEMAH, GENERASI YANG MEMINTA-MINTA, GENERASI YANG MENGHARAP BELAS KASIHAN AGAR DIBERIKAN PEKERJAAN. PENDIDIKAN YANG KOMITED TERHADAP MISI PEMBERDAYAAN (EMPOWERMENT) SEHARUSNYA MAMPU MELAHIRKAN GENERASI YANG BERKOMPETENSI TINGGI. UNTUK ITU KITA MEMERLUKAN SISTEM PERSEKOLAHAN YANG BERORIENTASI PENGUPAYAAN PELAJAR MENCIPTA PEKERJAAN, BUKAN MENUNGGU PELUANG PEKERJAAN.

TIDAK SEMUA SUBJEK DAPAT DINILAI PRESTASINYA MELALUI PEPERIKSAAN FORMAL OLEH SEBUAH LEMBAGA RASMI. HARUS DIAKUI HAKIKAT BAHAWA TIDAK SIAPA PUN YANG TAHU TENTANG KEMAMPUAN SEORANG PELAJAR LEBIH DARIPADA GURUNYA YANG SABAN HARI MENDAMPINGINYA. KERANA ITU RUANG PENILAIAN GURU (SEKOLAH) PERLU DIPERLUAS DAN DIBERIKAN PENGIKTIRAFAN YANG SEWAJARNYA. DALAM KAITAN INILAH RELEVANNYA SISTEM PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DIPERTIMBANGKAN. AMALAN PENGIJAZAHAN OLEH GURU DALAM SISTEM PENGAJIAN (ISLAM) TRADISIONAL SEBENARNYA SANGAT BERALASAN.

BAGAIMANAPUN UNTUK MELAKSANAKAN KAEDAH PENILAIAN INI DIPERLUKAN TINGKAT KEJUJURAN DAN INTEGRITI MORAL YANG CUKUP TINGGI. UNTUK ITU DIPERLUKAN PULA SUATU PROGRAM INTENSIF LATIHAN PEMBINAAN INTEGRITI KEGURUAN. DENGAN DEMIKIAN SEGALA PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN AKAN DAPAT DILAKSANAKAN BERLANDASKAN NILAI AMANAH DAN KETAQWAAN YANG SETINGGI-TINGGINYA.

UNTUK MEMBINA GENERASI YANG RELIGIOUS, BERWATAK DAN BERAKHLAK MULIA, PENDIDIKAN ISLAM MEMAINKAN PERANAN YANG SANGAT MENENTUKAN. KERANA ITU IA HARUS DITEMPATKAN SEBAGAI SUBJEK ISTIMEWA, BUKAN SEKADAR SUBJEK PENGETAHUAN, TETAPI SEBAGAI DISIPLIN PENGHAYATAN. SESUAI DENGAN POSISI DAN FUNGSINYA YANG SEDEMIKIAN, IA MEMERLUKAN CARA PENILAIAN TERSENDIRI. TIDAK CUKUP DINILAI DARI SEGI KEFAHAMANNYA, TETAPI JUGA DARI SEGI INTERNALISASI DAN PENGHAYATANNYA.

SELAMA INI SISTEM PEPERIKSAAN KITA TELAH MELAHIRKAN GOLONGAN YANG DIANGGAP BERPRESTASI AKADEMIK. BAGAIMANAPUN YANG LEBIH PENTING DAN LEBIH BERERTI DARIPADA PRESTASI IALAH SEMANGAT CINTAKAN ILMU. TETAPI ISU INILAH PULA YANG MASIH MENJADI TANDA TANYA BESAR. UNTUK MENEPATI MAKNA PENDIDIKAN SEBAGAI PROSES SOSIALISASI DAN INTERNALISASI NILAI, SISTEM PENDIDIKAN KITA HARUS LEBIH MEMBERIKAN PENEKANAN PADA USAHA PEMARTABATAN NILAI ILMU, PEMBINAAN SIKAP MENYINTAI ILMU, DAN MEMBANGKITKAN SEMANGAT INGIN TAHU (INTELLECTUAL CURIOUSITY).

PEMANSUHAN JENIS-JENIS PEPERIKSAAN TERTENTU DALAM SISTEM PENDIDIKAN KITA MEMANG ADA JUSTIFIKASINYA. BAGAIMANAPUN ADA KEMUNGKINAN LANGKAH TERSEBUT DISALAHERTI DAN DISALAHGUNAKAN UNTUK MENGURANGI KOMITMEN SEKOLAH TERHADAP TANGGUNGJAWAB PENCAPAIAN PRESTASI AKADEMIK. PEMANSUHAN DALAM KONTEKS INI BUKAN TANPA ALTERNATIF. SISTEM PENTAKSIRAN ALTERNATIF PBS ITULAH YANG HARUS DILAKSANAKAN SEJAYA-JAYANYA, TANPA MENGURANGI KOMITMEN TERHADAP KECEMERLANGAN AKADEMIK. SEMANGAT TERSIRAT DI SEBALIK LANGKAH TERSEBUT IALAH UNTUK KEMBALI KE FALSAFAH PENDIDIKAN BERSEPADU DAN SEIMBANG DENGAN MATLAMAT MEMBINA INSAN SEUTUHNYA SEBAGAIMANA YANG DIUNGKAPKAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

KEUNGGULAN SISTEM PENDIDIKAN TIDAK HANYA PADA TAHAP DASAR DAN FALSAFAHNYA, TETAPI JUGA HARUS CUKUP BERKESAN DARI SEGI OPERASI DAN PELAKSANAANNYA DI SEMUA PERINGKAT. DALAM KAITAN INI PERANAN SEKOLAH SEBAGAI \"HUJUNG TOMBAK\" SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM ERTI SEBAGAI INSTITUSI AKAR RUMPUT YANG SENTUHANNYA SAMPAI DAN LANGSUNG KEPADA SASARAN TERAKHIR (ANAK DIDIK) HARUS MENCAPAI TAHAP KOMPETENSI YANG MEMUNGKINKANNYA MELAKSANAKAN MISI KEPENDIDIKAN HOLISTIK, MENYELURUH, SEIMBANG DAN SEKALIGUS BERSEPADU.

PENDIRIAN TERHADAP CADANGAN PEMANSUHAN UPSR-PMR

MENGAMBIL KIRA PERKARA-PERKARA DI ATAS, KAMI BERPENDAPAT BAHAWA UPSR PERLU DITERUSKAN, SEMENTARA PMR BOLEH DIMANSUHKAN DENGAN CATATAN-CATATAN BERIKUT:

  1. PENGEKALAN UPSR ATAS RASIONAL KEPENTINGAN FUNGSINYA SEBAGAI PENILAIAN PENAMAT BAGI PERSEKOLAHAN PERINGKAT RENDAH.
  2. PEPERIKSAAN UPSR TIDAK SEHARUSNYA DIGUNAKAN SEBAGAI SORTING MACHINE UNTUK PEMILIHAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP). MENGGUNAKAN PEPERIKSAAN SEBAGAI ASAS PEMILIHAN AKAN MENJADIKANNYA TUMPUAN SELURUH KEKUATAN KEPENDIDIKAN SEHINGGA MENGABAIKAN DIMENSI-DIMENSI PENDIDIKAN LAINNYA. UNTUK TUJUAN PEMILIHAN KE SBP HARUS DIWUJUDKAN MEKANISME ALTERNATIF DENGAN MENGAMBIL KIRA PENILAIAN-PENILAIN SELAIN PRESTASI AKADEMIK.
  3. UPSR HARUS BERORIENTASI PENILAIAN DIAGNOSTIC DALAM ERTI MENGENALPASTI TITIK-TITIK KELEMAHAN UNTUK SETERUSNYA DICARI JALAN MENGATASINYA.
  4. MURID-MURID YANG GAGAL MENGUASAI 3M/LINUS HARUS \"DITAHAN\" DI TAHAP SATU SELAMA SETAHUN UNTUK TUJUAN KOREKTIF DAN PEMULIHAN.
  5. PEMANSUHAN PMR PULA DIDASARKAN PADA RASIONAL BAHAWA PENILAIAN PERSEKOLAHAN PADA TAHAP MENENGAH SUDAH MEMADAI DENGAN PEPERIKSAAN SPM.
  6. DENGAN PEMANSUHAN PMR HARUS DIWUJUDKAN PULA MEKANISME ALTERNATIF UNTUK TUJUAN PENJURUSAN DENGAN PENEKANAN PADA POTENSI DAN KEUPAYAAN (APTITUDE TEST).
  7. PEMANSUHAN PMR MEMERLUKAN CARA PENILAIAN ALTERNATIF YANG DALAM HAL INI PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DIRASAKAN PALING SESUAI. UNTUK MEMASTIKAN KEBERKESANANNYA PBS PERLU DILAKSANAKAN DENGAN PROSEDUR YANG KEMAS BERPANDUKAN SET ATURAN YANG TERPERINCI DAN BAKU. OLEH KERANA PBS AKAN BANYAK MELIBATKAN PERANAN GURU, MAKA PERLU DIPASTIKAN MEREKA (GURU-GURU) MENCAPAI TAHAP PROFESIONALISME DAN INTEGRITI YANG SETINGGI-TINGGINYA. DENGAN DEMIKIAN PENILAIAN MEREKA AKAN DITERIMA UMUM SEBAGAI PENILAIAN YANG BERKREDIBILITI, BERAUTORITI DAN TIDAK DIPERTIKAI.


CADANGAN

MENYEDARI HAKIKAT MASALAH-MASALAH FUNDAMENTAL YANG TERSIRAT DI SEBALIK PERSOALAN UPSR-PMR, KAMI INGIN MENGEMUKAKAN CADANGAN-CADANGAN UMUM SEPERTI BERIKUT:

  1. UNTUK MEMPASTIKAN PENDIDIKAN TIDAK AKAN KEHILANGAN ESENSI HAKIKINYA SEBAGAI PROSES PENGUTUHAN MANUSIA DAN PROSES SOSIALISASI NILAI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN PERLU DIFUNGSIKAN SEPENUHNYA SEBAGAI LANDASAN PENGGUBALAN KURIKULUM, PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, DAN SELURUH KEGIATAN PERSEKOLAHAN. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN PERLU DIMARTABATKAN SEMULA DAN DIHAYATI SECARA YANG LEBIH BERERTI DALAM PENGGUBALAN KURIKULUM DAN PROSES PENGAJARAN DENGAN MENEKANKAN DIMENSI-DIMENSI PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI, PENGEMBANGAN POTENSI, KESEPADUAN, KESEIMBANGAN DAN KEHARMONIAN.
  2. UNTUK MENGEMBALIKAN PENDIDIKAN KEPADA ESENSI, FUNGSI DAN MISI HAKIKINYA, ISTILAH PENDIDIKAN HARUS DIGUNAKAN SEMULA MENGGANTIKAN ISTILAH PELAJARAN YANG DIPAKAI SEKARANG. SESUNGGUHNYA ISTILAH PENDIDIKAN JELAS LEBIH KENTAL, LEBIH PADAT, DAN LEBIH TEPAT DARI SEGI ERTI, ISI DAN SUBSTANCENYA.
  3. PENDIDIKAN SEBAGAI PROSES PEMBINAAN GENERASI MEMANG MEMERLUKAN MASA YANG PANJANG, TIDAK BOLEH DIRINGKAS-RINGKAS ATAU DISINGKAT-SINGKATKAN. KENYATAANNYA HARI INI \"TIDAK CUKUP MASA\" SELALU DIJADIKAN ALASAN UNTUK MENJELASKAN PELBAGAI KELEMAHAN DAN KETIDAKBERKESANAN DALAM PENGAJARAN DAN ASPEK-ASPEK PENDIDIKAN LAINNYA. BESAR KEMUNGKINAN ALASAN TERSEBUT BENAR. UNTUK MENGATASINYA KAMI SARANKAN AGAR KEMENTERIAN MEMPERTIMBANGKAN SEMULA IDEA PERSEKOLAHAN SATU SESI YANG PADA SUATU KETIKA DAHULU PERNAH DIBINCANGKAN. PERSEKOLAHAN SATU SESI AKAN MEMBOLEHKAN PENAMBAHAN MASA UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, PROSES PENGUKUHAN DAN INTERAKSI GURU-MURID.
  4. UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENDIDIKAN KESELURUHANNYA, TELAH SAMPAI MASANYA KEMENTERIAN MEMPERTIMBANGKAN SECARA SERIUS PELAKSANAAN SISTEM SEMESTER DAN SETERUSNYA PEMAKAIAN SISTEM PENILAIAN CGPA DALAM SISTEM PERSEKOLAHAN NEGARA.
  5. UNTUK MENAMBAH KEBERKESANAN JUGA LANGKAH SEGERA PERLU DIAMBIL UNTUK MEMPERBAIKI KADAR NISBAH GURU-MURID. JUMLAH MURID YANG TERLALU RAMAI DI BAWAH SEORANG GURU SEPERTI YANG BERLAKU KETIKA INI MENGAKIBATKAN KEGAGALAN MEMBERIKAN PERHATIAN YANG SECUKUPNYA KEPADA MURID-MURID, DAN SETERUSNYA INI MEMBAWA PELBAGAI MASALAH YANG SUKAR DIATASI.
  6. TUJUAN PEMANSUHAN PEPERIKSAAN TERTENTU UNTUK MENGURANGI ORIENTASI PEPERIKSAAN TIDAK AKAN TERCAPAI SEPENUHNYA JIKA SISTEM PENGKELASAN (GRADING) SEKOLAH-SEKOLAH YANG DIAMALKAN KETIKA INI TIDAK DIRUBAH. PENGKELASAN SEKOLAH BERASASKAN PRESTASI AKADEMIK/SKPM AKAN MENJADIKAN ORIENTASI PEPERIKSAAN TERUS MENGUAT.
  7. ANTARA YANG SANGAT MEMPRIHATINKAN KETIKA INI IALAH TAHAP PENGUASAAN TULISAN JAWI DALAM SISTEM PERSEKOLAHAN KITA. KELEMAHAN PENGUASAAN TULISAN JAWI AKAN MENGAKIBATKAN PENDANGKALAN AGAMA, DI SAMPING KEHILANGAN KHAZANAH PERSURATAN WARISAN, ILMU DAN WISDOM KEPUJANGGAAN BANGSA YANG BERTULISAN JAWI. KERANA ITU KAMI MENYARANKAN AGAR DI SAMPING MENERUSKAN PENGAJARAN JAWI DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU, TULISAN JAWI JUGA HENDAKLAH DIGUNAKAN SELUAS MUNGKIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM. PENGAJARAN AGAMA ISLAM MENERUSI TULISAN RUMI DIKHUATIRI AKAN MENGAKIBATKAN PENDANGKALAN DAN PENYIMPANGAN. YANG JELAS IA ADALAH SUATU KEGANJILAN YANG SANGAT MENYOLOK.
  8. AGAMA SEHARUSNYA DILIHAT SEBAGAI SUMBER KEKUATAN DAN FAKTOR KUNCI SURVIVAL UMAT. OLEH ITU PENDIDIKAN KEAGAMAAN HARUS MENEKANKAN KEBERKESANANNYA DARI SEGI PEMBERDAYAAN DAN IMPAK TRANSFORMATIFNYA TERHADAP MURID. SESUAI DENGAN TUNTUTAN ZAMAN THE AGE OF WISDOM PENDIDIKAN ISLAM HARUS MENGAKAR PADA FALSAFAH DAN PRINSIP PENDIDIKAN BERHIKMAH SEBAGAIMANA YANG TERUMUS DALAM PESAN-PESAN KEPENDIDIKAN LUQMAN AL-HAKIM.
  9. UNTUK PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENDIDKAN ARUS PERDANA MUNGKIN ADA KEBIJAKSANAANNYA PIHAK KEMENTERIAN MELIHAT PELBAGAI EKSPERIMEN PENDIDIKAN ALTERNATIF YANG DILAKSANAKAN OLEH BADAN-BADAN NGO, TERMASUK SISTEM PERSEKOLAHAN ABIM YANG BERASASKAN AGAMA, MENGGUNAKAN PENDEKATAN BERSEPADU DAN MENGAMALKAN SISTEM PERSEKOLAHAN SATU SESI. BERDASARKAN SAMBUTAN HANGAT MASYARAKAT MUNGKIN ADA KEKUATAN-KEKUATAN TERTENTU PADA PERSEKOLAHAN ALTERNATIF TERSEBUT YANG DAPAT DIPELAJARI DAN DIMANFAATKAN.


KENYATAAN BERSAMA;
DATO\' DR SIDDIQ FADZIL (PRESIDEN, WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA)
MUHAMAD RAZAK IDRIS (PRESIDEN, ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA)
MUHAMAD FAISAL ABDUL AZIZ (PRESIDEN, PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA)

LAGI
https://my21.awfatech.com/serias/content/news/newsf1_Root_1557884970.jpg

CREATING INTERPERSONAL RELATIONSHIPS

UNFORTUNATELY MOST PEOPLE SIMPLY DON\'T HAVE THE SKILLS TO BE ABLE TO SUCCESSFULLY NAVIGATE THE MINEFIELD THAT CAN BE WORKPLACE RELATIONSHIPS. IN FACT I\'D ESTIMATE THAT MORE THAN 80% OF THE TIME I SPEND AS A COACH TO HIGH-PERFORMANCE BREAKTHROUGH LEADERS - IS SPENT ON HELPING THESE LEADERS TO WORK THEIR WAY THROUGH PERFORMANCE ISSUES AND PROBLEMS WITH OTHERS.YOU WILL FAST-TRACK AND SKYROCKET YOUR CAREER AND YOUR LIFE SUCCESS WHEN YOU UNLOCK THE KEYS TO BUILDING STRONG, EFFECTIVE INTERPERSONAL RELATIONSHIPS WITH OTHERS. IN THE EARLY PART OF MY CAREER I WAS CERTAINLY GUILTY OF BEING TOO AGGRESSIVE AND ABRASIVE AND BOY DID IT COST ME.

IT COST ME BOTH IN TERMS OF LIMITING MY CAREER PROGRESSION AND IT COST ME IN TERMS OF STRESS AND UNHAPPINESS ... I KNEW I WAS UPSETTING OTHERS ... I KNEW PEOPLE DIDN\'T ALWAYS LIKE ME ... I KNEW THAT I WASN\'T BEING AS EFFECTIVE AS I COULD BE AND I WOULD GET MORE FRUSTRATED WHICH LED ME TO TAKE IT OUT ON MY TEAM WHICH LED TO ..... YOU CAN SEE THE SPIRAL I WAS ON.

NOW MANY YEARS LATER, LITERALLY HUNDREDS OF BOOKS, ATTENDING HOURS UPON HOURS AT WORKSHOPS (EITHER AS A LEARNER OR TRAINER) I HAVE MUCH TO SHARE WITH YOU TO HELP YOU IMPROVE YOUR WORKPLACE RELATIONSHIPS - IN FACT THE ADDED BENEFIT IS WHEN YOU APPLY WHAT YOU DISCOVER HERE IN THESE WORKPLACE RELATIONSHIP ARTICLES - YOU\'LL ALSO IMPROVE YOUR PERSONAL RELATIONSHIPS. AND THAT IS POSSIBLY EVEN MORE IMPORTANT!

LAGI
https://my21.awfatech.com/serias/content/news/newsf1_Root_1557884921.jpg

DEALING WITH DIFFICULT PEOPLE

IF YOU AREN\'T WILLING TO ACCEPT, RECOGNIZE OR PLAY WITH THE CONCEPT THAT THE REASON YOU ARE DEALING WITH DIFFICULT PEOPLE IS BECAUSE YOU HAVE A PART TO PLAY IN IT - CAN I SUGGEST YOU MAY AS WELL CLICK AWAY NOW AND FIND ANOTHER SITE ... THIS SITE AND THIS SERIES OF ARTICLES ON DEALING WITH DIFFICULT PEOPLE, JUST ISN\'T FOR YOU.HOWEVER, IF YOU ARE WILLING TO GO ALONG WITH THAT YOU ARE PART OF THE PROBLEM ... THEN CELEBRATE, BECAUSE YOU ARE ABOUT TO FIND THE KEYS TO HELP YOU GET THE MOST FROM YOURSELF AND JUST ABOUT ANYONE ... SO THAT YOU REGULARLY FIND YOUR INTERACTIONS WITH OTHERS TO BE A BREEZE.

FIRST START BY READING THE ARTICLE ON LAW OF ATTRACTION.

ONCE YOU HAVE A HANDLE ON THIS CONCEPT, THEN COME BACK HERE TO DIG DOWN INTO THE SKILLS YOU NEED FOR DEALING WITH DIFFICULT PEOPLE ... AND MAKING SURE THAT THOSE SITUATIONS SHOW UP LESS AND LESS REGULARLY IN YOUR LIFE.

LAGI
https://my21.awfatech.com/serias/content/news/newsf1_Root_1557884877.jpg

HOW TO IMPROVE THE COMMUNICATION

PEOPLE FEELING ALIENATED AND NOT INCLUDED ARE TWO OF THE PRIME CAUSES OF BREAKDOWN IN COMMUNICATION IN THE WORKPLACE. THESE ARTICLES ARE FOCUSED ON HELPING YOU TO FINE-TUNE YOUR ABILITY TO INFLUENCE OTHERS. READING THEM AND USING THE TIPS AND SUGGESTIONS CONTAINED WITHIN WILL HELP YOU TO:

MORE FULLY UNDERSTAND YOUR REACTIONS TO OTHERS AND STRENGTHEN YOUR ABILITY TO INTERACT AND COMMUNICATE WITH OTHERS FROM A STRONG AND HEALTHY PLACE
IMPROVE INTERACTIONS BOTH ONE-TO-ONE AND IN GROUP SETTINGS
UNDERSTAND WHY COMMUNICATION PROBLEMS HAPPEN AND HOW TO AVOID THESE PITFALLS

THIS \"COMMUNICATION IN THE WORKPLACE\" AREA OF LEADERSHIP-AND-MOTIVATION-TRAINING COVERS THESE KEY TOPICS:

EFFECTIVE COMMUNICATION (YOU ARE HERE SEE ARTICLE LIST BELOW - OR USE NAV BAR)
IMPROVING INTERPERSONAL RELATIONSHIPS IN THE WORKPLACE
DEALING WITH DIFFICULT PEOPLE
RELATIONSHIPS QUIZZES AND SELF ASSESSMENTS

OBVIOUSLY THERE WILL BE CROSSOVERS IN EACH OF THESE FOUR AREAS - AS BEST I CAN I HAVE WORKED TO PUT THEM IN A LOGICAL, STRUCTURED ORDER ... BUT DO MAKE SURE YOU MAKE GOOD USE OF THE NAV BAR ON THE LEFT IN EACH OF THE SECTIONS AS THAT WILL QUICKLY SHOW YOU THE ARTICLES WHICH ARE AVAILABLE FOR YOUR USE.

LAGI

Page 1 of 1